Tentang Kami

Kanak-kanak kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Saya mulakan dengan anak-anak saya.
 
Kreativiti merupakan proses yang berterusan ia merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti juga boleh dilihat dari penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Sementara itu, estetika adalah sesuatu penglibatan individu dalam keadaan merasa, bertindak balas dan kepekaan kepada persekitaran semula jadi serta persekitaran ciptaan manusia. Melibatkan diri dengan aktiviti seni memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan pelbagai bahan-bahan mewarna, melukis, bentuk, saiz, bunyi struktur dan fungsi sesuatu bahan. Malah aktiviti seni juga membantu kanak-kanak menggunakan pengalaman deria mereka terutamanya ketika merasa struktur, menghidu bahan dan mendengar bunyi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan