Selasa, 13 Mei 2014

Membenarkan anak-anak melakukan seni kraf

   Ramai ibu bapa tidak membenarkan anak bermain dengan peralatan tajam seperti jarum, gunting dan pisau kerana bimbang boleh mencederakan mereka. Ada pula penjaga langsung tidak percaya pada kemampuan kanak-kanak mengendalikan seni asas jahitan kerana beranggapan ia berkaitan kerja orang dewasa.

   Untuk memastikan apa yang dilakukan mereka selamat, ibu bapa haruslah menemani anak-anak ketika sesi pembelajaran selain menerangkan cara  menggunakan peralatan dengan selamat.

    Kanak-kanak yang didedahkan dengan aktiviti seni dan kraf bukanlah dilatih untuk menjadi pelukis atau artis semata-mata sebaliknya membantu perkembangan kemahiran, mental dan emosi mereka. Jadi jangan ragu-ragu untuk melatih anak-anak kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan