Isnin, 26 Mei 2014

Kad Ucapan Hari Guru 2014




 
Hasil kraf Rincatriona Rose buat guru sekolah...mami cuma bagi panduan yg lain memang idea asal dari Rincatriona Rose..(cherry)

Klip Penanda Buku


Klip Kertas penanda buku ini adalah rekaan sepenuhnya anak saya Rincatriona Rose...siapa2 yg berminat untuk membuat tempahan bleh maklumkan saya....boleh dibuat utk hadiah buat tetamu di majlis2 spt hari jadi anak ker... .

Isnin, 19 Mei 2014

Topeng Binatang Arnab



 
Topeng ini adalah latihan awal untuk Rincatriona Rose (cherry) semasa peperiksaan sekolah nanti...ini adalah idea asal Cherry sendiri...

Origami Burung



Hasil origami yang pertama dihasilkan oleh anak-anak saya...entahlah nak dikatakan burung atau dinosaur pun tak tahu la....

Selasa, 13 Mei 2014

Membenarkan anak-anak melakukan seni kraf

   Ramai ibu bapa tidak membenarkan anak bermain dengan peralatan tajam seperti jarum, gunting dan pisau kerana bimbang boleh mencederakan mereka. Ada pula penjaga langsung tidak percaya pada kemampuan kanak-kanak mengendalikan seni asas jahitan kerana beranggapan ia berkaitan kerja orang dewasa.

   Untuk memastikan apa yang dilakukan mereka selamat, ibu bapa haruslah menemani anak-anak ketika sesi pembelajaran selain menerangkan cara  menggunakan peralatan dengan selamat.

    Kanak-kanak yang didedahkan dengan aktiviti seni dan kraf bukanlah dilatih untuk menjadi pelukis atau artis semata-mata sebaliknya membantu perkembangan kemahiran, mental dan emosi mereka. Jadi jangan ragu-ragu untuk melatih anak-anak kita.

Anting-anting buatan sendiri dan anak-anak





 Jangan dipandang rendah pada kebolehan kanak-kanak kerana sekiranya diberi latihan dan asuhan, mereka mampu menghasilkan produk seperti orang dewasa malah ada yang lebih baik daripada itu.

Kraf kertas Mudah...Mr. Ayam dan Perry the Platypus


 
Mudah dan menarik.......

Origami

Sejarah origami - Ianya merupakan kesenian melipat kertas. berasal daripada perkataan Jepun : ori bermaksud lipatan dan gami bermaksud kertas. tidak menggunakan gam atau gunting. Keindahan origami terletak kepada hasilan dan imaginasi yang ditunjukkan pada sehelai kertas.

Saya sangat minat dengan origami dan cuba membawa minat ini kepada anak-anak. Oleh kerana lipatan origami memerlukan ketekunan dan ketepatan , harap-harap anak-anak saya boleh mendapat faedah hasil usaha origami mereka.

 

Aktiviti Anak2 musim cuti sekolah

Selalunya anak-anak akan lepak di rumah mama (Nenek) mereka pada hari-hari cuti sekolah sekiranya tidak keluar kemana-mana. Maklumlah mama bagi kebebasan penuh kegunaan computer ribanya untuk anak-anak bermain game.



 

kertas kraf motivasi


Kerja rumah Rincatriona Rose..untuk di gantung dalam kelas.